Wednesday, March 18, 2015

Hong Kong - Peak Tram, Madame Tussauds & Sky Terrace

Hi korang. Percayalah. Dah lama sangat entry ni duk dalam draft. Ada juga percubaan menhapdet blog via ipad, tapi bila dah 2 kali tercopy dan delete all, terus jadi stress. Tapi pape pun kita cuba habiskan ye. Maklumla orang lain dah pergi next vacay siap. Tuan tanah belom gak habis update cerita pasal HK.

Sambungan entry ni dari sini ye.

Pagi tu lagi sekali kami keluar awal untuk mengelakkan kesesakan beratur untuk naik tram untuk sampai The Peak. 

Dari guesthouse kami naik MTR seperti biasa dan keluar di Central Station Exit J2. Dari exit tu kitorang kena berjalan kurang 500meter untuk sampai ke station tram tu. Jangan risau sebab akan ada banyak signboard sepanjang untuk sampai ke tram station tu. Dan paling best bila tuan tanah nampak banyak bangunan bangunan pencakar langit macam kat bandar Kuala Lumpur sana tu. Side Hong Kong yang totally tak sama dengan side di Tsim Sha Tsui. Honestly walking 500 meter tu memang tak mendatangkan masalah, TAPI bila dia melibatkan nak mendaki ni, tertinggai pungkoq kan belakang wui. Memang 2-3 kali gakla tuan tanah berhenti mintak nyawa. Belom pape dah berpeluh keti. Ko ghase?


Tadaaaa~~ Finally dah sampai. Masa ni operating hour pun baru je buka & queue pun tak berapa panjang. We were lucky sebab dapat saved masa sebab dah beli ticket sesiap. Tinggal terus queue untuk naik tram je. Dan lucky juga sebab kitorang adalah barisan pertama untuk naik the next tram. 



Yay dah dapat naik after less than 10 minutes wait. Nampak tak uncle belakang ni? Si Ms N pi tunjuk la skill cakap mandarin yang dia belajar dari tengok tengok movies. Sekali uncle ni non stop bercakap tau. Style style uncle jumpa anak buah feveret gitu. Padahal bukannya si Ms N ni paham semua.


Sampai je atas, kitorang terus masuk Madame Tussauds. Jalan jalan sambil syok sendiri ambil selfie dengan retis retis kan.


Dah cakap kan. Tuan tanah feeling feeling artis. So memang kena sangat gambar ni kan. One of my favorite picture sepanjang trip ni. Mohon jangan muntah please. 

Memandangkan ni Madame Tussauds pertama yang tuan tanah pernah pergi, kegedikan untuk mengambil selfie dengan semua patung adalah sangat tinggi. Dah tak payah pakai kamera dslr bagai. Selfie cukup.




Ko ghase?

Lebih kurang sejam kot kami spent masa kat dalam ni, dan terus bergerak keluar untuk menikmati pemandangan dari Sky Terrace ni. 


Masa nak masuk ke sini Sky Terrace ni, ada pekerja akan beri satu gadget sebesar psp bersama headphone sekali. Dalam tu ada info pasal tempat tempat sekitar HK dalam bahasa inggeris. Tapi biasalah kami, pantang nampak kosi, kaki terus meminta rehat. Sambil duk godek godek gadget tu & menikmati pemandangan. Tapi masa ni pemandangan agar kabur. Tak terik tapi mata tak boleh buka luas. Tu dikira apa eh? Mengantuk? 



Leave your love note here. Ntah berapa banyak love note dah kakjem tinggalkan, Jo In Sung tetap belum officially hadir dalam diriku. #fliphair


Tapi memang lain rasa bila duduk kat tempat tempat tinggi ni tanpa berbuat apa apa. Takde beban. Takde masalah & tenang semacam bila tengok view macam ni. Ni baru tengok view macam ni, kalaula dapat merasa tengok view macam orang pergi New Zealand haritu, mau ajak datin pindah sana la kot. #sambiljelingDJ


Ha inilah kerja paling mengada tuan tanah buat & mujur Mimi nak layankan. Lepas je lepak lepak tu ternampaklah Bubba Gump & tekak mengada gila teringin nak makan feeling feeling dipuncak awan. Ko mampu?? Dulu kat Namsan Tower makan popcorn. Kali ni extra gedik tekak. Jangan tanyalah harga dia. Macam mana lah nak travel ala budget kalau selera macam naga tak makan 2 bulan.


Lepas beberapa jam kami turun untuk ke bawah semula. Beratur pulak dengan segerombolan budak sekolah bersama cikgu cikgi. Dan dalam masa yang sama ada 2 ke 3 mat saleh sekali tunggu dengan kami. Sebenarnya rimas juga tengok budak ramai ramai kan. Tapi harusla memasing fefeeling penyayang.  Perasan tak lelaki belakang tu? Tu je motif amik gambar dengan budak budak ni. Hingat Mimi nak sangat amik gambar dengan budak? Hahaha.

Sesudah sampai kat bawah, dalam itinerary memang dah plan sesiap nak naik taxi je ke Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Konon kononnya nak jimat masa & malas jalan. Since dah 4 orang. Berapa sangatlah charge kena kongsi kan. Kenapa nak ke sana? Sebab nak merasa la kan famous dimsum yang hebat diperkatakan tu. 

Bila jumpa je beberapa taxi driver, kebanyakan tanak pergi. Dan kalau ada yang nak pergi nak caj sampai HKD200. Dah dekat RM80+ duit kita. Kalau normal charge lebih kurang HKD80 macam tu je, tapi oleh kerana jalan kebanyakan tutup due to the protests tu apa lagi memang ambil kesempatanlah. Segala jenis info plan B pulak langsung tuan tanah tak check sebab memang dah plan nak naik teksi je. Masa tu dan dan la yang lagi dua orang tu sangsi untuk mengeluarkan bajet naik teksi tu. Mulanya nak juga usahakan naik train je. Sekali ada yang mempertikaikan perlu ke makan dimsum itu. Jadi kakjemah pasrah. 

Langsung off suasana. Terus decide untuk balik terus ke guesthouse. Dalam hati ni level sebal dia jangan ceritalah. Memang kempunan gila makan dimsum. Kesian orang yang di Malaysia yang terima whatsapp bertubi tubi dari tuan tanah. 

Agaknya Mimi tahu level kesebalan tuan tanah agak tinggi, terus dikabonya kat lagi dua orang jangan ganggu kitorang dua orang malam ni. Malam itu malam bebas. Ikut suka lah nak buat apa. In fact petang tu, dah ku pulangkan segala wang yang simpan bersama itu. Mungkin terikat kot bagi diorang. Diorang mahu lebih wang untuk berbelanja. Bukan macam kami yang suka jalan jalan cari makan. Lesson learnt. Bukan semua orang akan berlebih kurang & sama taste dengan kita. 


Malam tu hanya tuan tanah & Mimi. Kami ke Avenue of Stars. Next entry pulak ye. Bye!



11 comments:

  1. Jo in sung? Oh pls jgn kata taste jantan kita sama..kahkahkah

    Amboi kakjem mkn kt bubba gump...kerlassss ko...tp syg xdpt pi dimsum...aku msih ingt btalu ko msg aku tp Aku tgh drive pi ipo. Masa tu...xdpt lyn kakjem meroyan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..pegi sana korg berdua dgn taste sama. Jangan kacau abam sado @kookie aku sudah la.

      Aku dpt bayangkan kesebalan ko tak dpt mkn dimsum. ..kalo aku ...mmg aku hentak2 kaki paksa pergi gak time tu.

      Delete
    2. DJ, Wook oppa ko nak campak mana? Memang masa tu aku meroyan habis weiii.

      Delete
    3. syiedaaaaaa, aku suka jugak kat kookie tu. tapi after kang gary lah. hahahaha

      Delete
    4. Ehem!!! Wook Wook jangan disebut. Cukuplah ko tetiba buka tudung bila sebut Jo In Sung kan. Xde dah nak main fliptudung sekarang.

      Btw DJ, aku yang jadi telinga dia masa ko xlayan whatsapp dia. Pastu macam biasa, aku join berangin. Dim sum kot! Benda yang orang kata wajib mencekik kalau dah sampai HK.

      Delete
    5. HAHAHAHHA memang nasibla masa tu ko yg kena tadah telinga dengan rintihan hati. Sampai sekarang aku rasa dimsum tu macam topik emosi aku

      Delete
  2. mianne... aku siap tanye pacik google sape la Jo In Sung nih hehehe

    hadeii kesian kat ko ngan mimi terkilan tak dapat dimsum ... adekah tu tande kene repeat lagik HK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haipppp! siap google. Hemsem kannnn. Itula ada juga cakap dengan Mimi yang kitorang kena pegi lagi ni. Menunaikan hajat kempunan tu. Tapi macam bukan dalam masa terdekat la kot

      Delete
    2. Sokong ckp Azra tu..better pegi ngan partner yg ngam dan serasi dalam membuat keputusan baru BEST!..so repeat..x kisah lah kalau bukan dalam masa terdekat pun

      Delete
  3. tertinggai pungkok kat belakang? seksi wa cakap lu..kalau mcm tu siar Sis JM jln belakang Naz lahh...hihi

    pic no 5 tu menakutkan je lah..kenapa jadi gitew?

    gambar nk kiss uncle tuo tu kelakar eheh

    Jo In Sung lah sngat hahaha...x aci my oppa tu eeheheh

    ishh...pernah ada pengalaman mcm tu..bila ada sebahagian dari travel partner yg tak sporting tak leh nk bagi kejesama.pegi betiga yg sorang tu asyik nk mkn..asyik lapar..pegi tempat susah nk cari mknan HALAL..pastu buat muka x nak jln,,adus tension!!!..kira berkira jgk budak 2 org lagi tu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis JM. gambar no 5 tu acah acah paparazzi duk kejar Naz la tu hehehe. Tapi tu la dah tau kan, dah takkan ajak lagi la hahaha

      Delete